09 Disember 2010


Ini adalah software waktu solat, ada banyak function lain seperti suara azan,arah kiblat, tazkirah dan banyak lagi...sangat sesuai bagi yang terlalu asyik dok depan pc sampai tak sedar masuk waktu sembahyang...huhu..so download la...free jee software ni..takyah register.

Software Converter.dll

Sekiranya anda/awda sukar untuk mencari
converter For video..
converter for membuka document microsoft word/excel/ppt 2003 di microsoft 2007...
converter segala converter..

please don't hesitate to contact us..or email you details...

04 Julai 2010

Desktop or Laptop (Brunei Darussalam)

Assalamulaikum Kepada Para Pembaca Blog ani..

Jika komputer (desktop/laptop) biskita menghadapi masalah seperti..
  1. Lagging / Lambat
  2. Error application / software
  3. Masalah Antivirus (new installation atau sebagainya)
  4. Format Window ( Xp-Vista-Window7)
  5. masalah driver komputer
  6. Microsoft Office 2003 / 2007
  7. Menukar Languange (chinese - english)
  8. Komputer dari china / hong kong boleh ditukar dalamnya seperti komputer biasa..
  9. Atau ada masalah lain berkenaan komputer..software..hardware..

Biskita boleh contact aku dan price charge yang ku kenakan nda seperti biskita hantar ke kadai komputer.. ani murah sja..k

  1. Format komputer = $ 25 (Including microsoft Office 2007 & Antivirus)
  2. Installation Software / Application = $15
  3. service for lagging / error dan sebagainya = bleh runding.

Jika berminat, sila sms/call ke no +673-7102866 @ email ke jasnihd@gmail.com

29 November 2009

TEMPAHAN UNTUK KAD JEMPUTAN


"Kami sedia menerima tempahan dari anda yang berada di Semanjung Malaysia,

Sabah ,Sarawak dan Brunei Darussalam dengan harga yang berpatutan"



*Sebarang Kos Penghantaran Adalah Atas Tanggungan Pembeli !!!

Tempahan Kad Jemputan Perkahwinan

PROSEDUR TEMPAHAN :

1. EMAIL BUTIR – BUTIR PENGANTIN BERSERTA MAKLUMAT YANG ANDA INGIN PAPARKAN.
2. PIHAK KAMI AKAN EMAILKAN WORDING YANG TELAH SIAP KAMI BUAT UNTUK DISEMAK OLEH PELANGGAN.
3. TEMPOH SIAP KAD YANG DITEMPAH SEAWAL – AWALNYA SEMINGGU DAN SELEWAT-LEWATNYA DUA MINGGU.
4. DIHARAP PIHAK PELANGGAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT, ALAMAT SERTA NO. TELEFON YANG TEPAT KEPADA KAMI BAGI MELANCARKAN PROSES PENGHANTARAN.
5. PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT TERUS KEPADA KAMI.

Untuk Tempahan dan Keterangan Lanjut, Sila Hubungi :

H/P : ( En. Mohd Jasni Bin Hj Durahman )

(malaysia) 019-8783776

brunei (+673 7102866)

E - Mail : jasnihd@gmail.com


10 November 2009

MENAHAN LAPAR SEMALAMAN KERANA MENGHORMATI TETAMU

Seorang telah datang menemui Rasulullah s.a.w. dan telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu."

Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi
Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"

Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."
(Al-Hasy : 9

11 September 2009

Sedih & Gembira Di Hujung Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari-hari yang berlalu dalam bulan Ramadhan telah mencapai hari ke 20.
Ahli-ahli sufi, arifin, ahli ibadat dan beberapa golongan yang dekatnya mereka dengan Allah SWT berada dalam keadaan gembira dan sedih.
Gembira kerana mereka semakin merasai kenikmatan beribadat dipenghujung bulan mulia ini. Malam lailatul qadar yang sangat dicari mudah-mudahan kesampaian untuk Ramadhan kali ini.
Sedih kerana Ramadhan akan melabuhkan tirainya hampir 10 hari sahaja lagi.
Bagi sesetengah orang yang berada dalam makam awam juga ada yang berkeadaan sedih dan gembira.
Gembira kerana puasa hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tidak perlu hendak berlapar di siang hari.
Sedih kerana perbelanjaan akan menjadi banyak, keperluan raya, zakat fitrah dan sebagainya.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...

Untuk Menngelak Laptop/Pc Anda lembab

1)Hanya relevan pada pengguna OS Window XP sahaja…..

2) Tips ini dari aku yang tak pandai IT sebab aku takda sijil pengiktirafan MCSE/MCSA dari Microsoft, tiada jugak sijil CCNA, CCNP dari CISCO dan etc etc…

Cuma , tips ini adalah apa yang aku dah praktikan sejak beberapa ketika aku mengenali komputer. Hehe. Tips ini juga merupakan gabungan idea beberapa orang yang sudah biasa mengamalkannya. So, nasihat dari beberapa orang yang aku sendiri pon tidak kenal sebab aku pon main google saja cara untuk elak PC jadi lembab dari beberapa website yang dikendalikan oleh beberapa orang yang aku tidak kenali itu. Hasil yang diperolehi nampaknya tidak mengecewakan lalu aku ambil keputusan untuk “berkongsi “ tips ini setelah aku menganalisis dan mensistesis kan tips-tips tersebut (ceeewah!!) . Perlu diketahui bahawa sebelum anda menggunakan tips-tips yang bakal diberikan, dalam diri anda perlu ada sifat berikut:

1) Berani (95%) – Berani untuk hadapi sebarang kerosakkan software pada PC anda. Sebab sebarang kerosakkan adalah berpunca pada diri anda sendiri. Jika anda mengikuti semua tips yang diberikan dengan betul insyaallah Windows anda selamat sejahtera.

2) Kreatif(5%) – Kreatif la untuk ‘mengusik’ beberapa registery file … woha!

Amacam ada berani? Mungkin tips yang aku borakkan ini ramai yang sudah tahu. Tapi takpe le asal berguna ye tak?

30 Mac 2009

sundar banjir....


ani rumah kami kana banjir ah.. macam di sungai..

nah banjir kan....ani jalan raya dapan rumah kami..motocar pun nda ulah melintas nie nyamu...bejalan kaki tah nganya...



ani pandai banar berandam nie....iatah kanak2 no1 yang tahan berandam nie...

dari pagi sampai patang.....siap masang pukat lagi ia apa tu..

cari rezeki...hahahahaaaaaa

wah...kayuh..kayuh...laju...

ani lapas bangkit pukat....

ah..nampak nya rezeki balum ada....ssoooiii....

hahahahaaa