11 September 2009

Untuk Menngelak Laptop/Pc Anda lembab

1)Hanya relevan pada pengguna OS Window XP sahaja…..

2) Tips ini dari aku yang tak pandai IT sebab aku takda sijil pengiktirafan MCSE/MCSA dari Microsoft, tiada jugak sijil CCNA, CCNP dari CISCO dan etc etc…

Cuma , tips ini adalah apa yang aku dah praktikan sejak beberapa ketika aku mengenali komputer. Hehe. Tips ini juga merupakan gabungan idea beberapa orang yang sudah biasa mengamalkannya. So, nasihat dari beberapa orang yang aku sendiri pon tidak kenal sebab aku pon main google saja cara untuk elak PC jadi lembab dari beberapa website yang dikendalikan oleh beberapa orang yang aku tidak kenali itu. Hasil yang diperolehi nampaknya tidak mengecewakan lalu aku ambil keputusan untuk “berkongsi “ tips ini setelah aku menganalisis dan mensistesis kan tips-tips tersebut (ceeewah!!) . Perlu diketahui bahawa sebelum anda menggunakan tips-tips yang bakal diberikan, dalam diri anda perlu ada sifat berikut:

1) Berani (95%) – Berani untuk hadapi sebarang kerosakkan software pada PC anda. Sebab sebarang kerosakkan adalah berpunca pada diri anda sendiri. Jika anda mengikuti semua tips yang diberikan dengan betul insyaallah Windows anda selamat sejahtera.

2) Kreatif(5%) – Kreatif la untuk ‘mengusik’ beberapa registery file … woha!

Amacam ada berani? Mungkin tips yang aku borakkan ini ramai yang sudah tahu. Tapi takpe le asal berguna ye tak?